Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia

Bantuan Kewangan YKN

Yayasan Kebajikan Negara Malaysia menyediakan bantuan kewangan melalui Skim Perubatan, Skim Khidmat Sosial & Skim Prihatin, dengan syarat permohonan seperti yang berikut :

 1.    Pemohon perlu mendapakan kelulusan dari YKN sebelum rawatan dibuat. YKN tidak akan menanggung   sebarang kos rawatan yang dibuat sebelum kelulusan dikeluarkan.

 2.   Sumbangan YKN berupa bayaran terus kepada pusat rawatan/pembekal peralatan.

Skim Perubatan​
Skim Khidmat Sosial
Skim Prihatin

YKN menyediakan bantuan kewangan untuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit kanser & pembedahan ortopedik.

YKN turut memberikan bantuan menerusi Skim Prihatin YKN seperti :

(i) Penghayatan Nilai Murni - Bantuan wang ehsan yang disumbangkan kepada golongan miskin sempena sambutan perayaan dan bantuan prihatin kepada mangsa bencana.

(ii) D'tik YKN - Dana Talian Insan Kritikal (D'tik) merupakan bantuan kewangan serta merta kepada pesakit yang memerlukan rawatan segera di hospital kerajaan untuk menyelamatkan nyawa atau mengelakkan kecacatan kekal untuk kesejahteraan hidup mereka.

(iii) Teduhan YKN - Penyediaan tempat perlindungan asas kepada kumpulan sasar melalui pembinaan rumah atau membaikpulih rumah yang uzur.

(iv) G'rak YKN - Geran Ransang Kapital (G'raK YKN) membantu kumpulan sasar meningkatkan taraf hidup melalui bantuan modal perniagaan.

(v) PEKa YKN - Pemberian Ehsan Kepada Mangsa (PEKa YKN) bertujuan memberi sokongan moral kepada mangsa atau keluarga mangsa yang ditimpa musibah yang melibatkan gangguan emosi disebabkan kemalangan maut, kehilangan anak dan lain-lain jenis bencana.

(vi) Belayan - Bantuan pembelian prostesis luaran payudara kepada pesakit kanser wanita.

YKN menyediakan bantuan khidmat sosial seperti :

(i) Alat bantuan sokongan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti kerusi roda dan motosikal roda tiga.

(ii) Sokongan terhadap Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO) dengan memberi galakan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang menjalankan aktiviti kemasyarakatan melalui tajaan seminar, kursus, sumbangan peralatan atau kenderaan.

(iii) Menyediakan bantuan pendidikan seperti bantuan wang persediaan kemasukan ke IPTA kepada pelajar miskin (bukan yuran pengajian). Keutamaan kepada anak-anak penerima bantuan am JKM.

KRITERIA PENERIMA SUMBANGAN

1. Warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan yang sah (pemastatautin tetap tidak diiktiraf)

2. Bukan kakitangan/bekas kakitangan kerajaan atau mana-mana anggota keluarga kakitangan kerajaan yang mendapat faedah perubatan di bawah Skim Saraubat JPA

3. Golongan berpendapatan rendah (pendapatan seisi keluarga RM720.00 kebawah bagi luar bandar dan RM1,200.00 kebawah bagi kawasan bandar)

4. Tidak menerima bantuan dari pihak/jabatan lain atau mana-mana majikan yang menawarkan kemudahan perubatan kepada kakitangannya

CARA MEMOHON

1. Menulis surat permohonan dengan menyatakan jenis bantuan yang dipohon. Permohonan mestilah mengandungi butiran diri dan keluarga yang lengkap seperti umur, alamat kediaman, nombor telefon dan lain-lain yang berkaitan.

2. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan surat beranak/kad pengenalan, slip gaji dan penyata caruman KWSP (bagi yang bekerja), surat pengesahan doktor kerajaan (bagi rawatan perubatan), salinan kad OKU (bagi pemohon Orang Kurang Upaya), lesen memandu kelas A (bagi permohonan motosikal roda tiga), sebutharga peralatan, kertas kerja (bagi pertubuhan Sukarela Kebajikan) serta lain-lain dokumen berkaitan.